Thursday, November 27, 2008

Komen MYNPL...

Ini jawapan yang Sekretariat MY-NPL dapat berikan mengenai komen yang dibuat dalam halaman blog Shockwave mengenai "MY-NPL makin MAHAL?".

Untuk pengetahuan semua, penganjuran MY-NPL sebenarnya menelan belanja yang sangat besar, semenjak 3tahun penganjuran, wang kutipan yuran penyertaan, ID serta penjualan PB (*Paintball) tidak pernah dapat menampung kos keseluruhan. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila hubungi kami.

Jadi kes nak cepat kaya tak pernah timbul, kalau dapat 'cover' pun kira nasib baik. Keseluruhan liga memerlukan penyertaan sebanyak 200 pasukan setiap pusingan baru kami boleh mimpi 'cover' kos. Sekarang masih dalam purata 50pasukan, jadi bila nak cecah 200 pasukan? Mungkin pada tahun 2015 kot.

Tetapi anda akan tanya "kenapa tak mengurangkan kos?".
Kami sentiasa perlu memastikan kebajikan serta keselesaan peserta dijaga, angin yang cukup, bunker yang elok, netting tak berlubang, khemah yang mencukupi, 8 referee satu padang, krew teknikal yang cekap dan yang penting sekali hadiah yang berbaloi.
Ini adalah Liga Paintball Kebangsaan Malaysia, kami tidak boleh menganjurkan kejohanan 'sub standard' atau ala kampung, maka kos yang tinggi sememangnya tidak dapat kami elakkan. Tetapi kalau anda ada idea yang dapat membantu, sila kongsi bersama.

Semasa Div4 dimulakan, tujuan kami ialah untuk memberi peluang kepada pengiat sukan PB yang baru. Maka kami perlu mencari jalan untuk mengurangkan kos penyertaan serta diberinya 1000 biji PB. Ini dapat dilaksanakan disebabkan kami perlu mengorbankan perkara lain serta meningkatkan pembelanjaan kami.

Akhir sekali, kenapa kami masih nak menganjurkan MY-NPL sedangkan ia menelan belanja yang besar serta tidak mendatangkan apa2 keuntungan? Lagipun kami bukannya pusat kebajikan.LU PIKIR LA SENDIRI !!!!

p/s: sekiranya anda mempunyai atau boleh dapatkan sponsor besar kepada MY-NPL, mungkin ini dapat mengurangkan serta tiada yuran penyertaan perlu dibayar.

Sekiranya anda masih mempunyai soalan mengenai perkara ini, sila hubungi kami di 016-332 3337 (Pian) atau 016-332 3370 (Wong)

Sekian, terima kasih

MY-NPL HQ

**************
"terima kasih dgn penerangan dari pihak anda.. bukan apa, mungkin ade sesetengah antara kami @ paintballers2 yg lain, masih kabur @ terkejut dgn peningkatan harga ini..

maka dgn feedback/penjelasan dari pihak anda ini, serba sedikit dpt menjelaskan perkara yg sebenar. anggaplah conversation seperti ini sbg suatu perkara yg positif, demi untuk kebaikan kita bersama dan juga paintballers2 yang lain..bukan ape, kami sayang NPL ni sebenarnya.. bile benda2 macam ni berlaku, tu yg jadi ter'shock!' tuh.. (^.^)

anyway, sepanjang kami bermain di NPL ni, kami teramatlah berpuas hati dgn fasiliti dan pengurusan pihak anda. harap lebih ramai team2 paintball yang lain bermain di NPL.

akhir kata keep up da good work..!!
terima kasih,"

1 comments:

Anonymous said...

おっぱい掲示板 http://gazou.f4me.net/
初体験の人からのお手紙 http://koi.moonright.com/?blogger


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger